Monday, July 20, 2009

Kem Kemahiran 2009 LMS

Tarikh:31 Julai Hingga 2 Ogos 2009
Tempat:Wisma Pandu Puteri Taiping
Lapor Diri:mulai jam 3.30ptg (Jumaat 31 Julai)
Bersurai: jam 1.00tgh (Ahad 2 Ogos)
Bayaran Untuk sewa Kawasan:RM6.00 seorang

Lapor Kepada:En.Mohd Azaini Sham (Adc Remaja LMS)

Jadual Perkhemahan:
Jumaat
1530-Lapor Diri/Taklimat
-Ujian 1:
Mendirikan Bivouac dan Gajet serta set-up tapak
(Individu)
-Rehat/Makan (sendiri/Kumpulan)
-Ujian 2:Aplikasi simpulan & Ikatan
(Guna tali jut sebesar jari panjang 3 meter)
-Ujian 3:Hantar 2 plaster casts dan 1 model projek perintis
2355-Rehat/Tidur

Sabtu
0745-Istiadat Bendera
-Pemeriksaan/Pemarkahan Tapak Bivouac
-Ujian 4:Estimation
-Ujian 5: Sistem Takal #
-Ujian 6:Backwoods (Nasi/ikan/telur)
-Rehat
-Ujian 7:Halangan #
-Ujian 8:Model Pioneering (berpatrol) tinggi 5m #
(Menara)
-Rehat
-Ujian Ulangan
2355-Rehat/Tidur

Ahad
0745-Istiadat Bendera
-Pemeriksaan Bivouac
-Kawat Tongkat
-Log
-Membersih tapak
1155-Bersurai

Peringatan:
*Semua Ujian Dijalankan secara individu kecuali yang bertanda #
*Sila sediakan kelengkapan atau peralatan yang mencukupi
*Peserta dikehendaki bermalam dalam Bivouac (Khemah hanya dibenarkan untuk peserta perempuan sahaja)
*Kebersihan dan keselamatan hendaklah menjadi keutamaan.

Friday, July 10, 2009

Ujian Sikap 2009 Negeri Perak

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Perkhemahan Ujian Sikap 2009 akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh:13-16 OGOS 2009
Hari:Khamis-Ahad
Tempat:Kem Kota Layang-Layang Kiri Parit.

Kelayakkan:Hanya peserta yang LULUS 5 Lencana Tertinggi peringkat Daerah sahaja serta memenuhi syarat-syarat lain yang diputuskan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Perak.

Monday, July 6, 2009

Perkhemahan Lencana Ekspedisi Pengakap Remaja 2009

(Ruj.Surat PPD :PPD.LMS.PPM.05/02/011(017))

Tarikh:11-12 Julai 2009
Hari:Sabtu-Ahad
Tempat:Tapak perkhemahan Kaki Bukit Larut Taiping
Laporan Diri: jam 8.30pagi Sabtu
Bayaran Sewa Tapak:RM5.00 seorang

Penyertaan:Terbuka untuk ahli Pengakap Remaja yang berdaftar 2009
Keperluan:
1.Keperluan untuk berkhemah satu malam termasuk bahan makanan dan peralatan.
2.Keperluan xpdc (unifom/t-shirt/kasut sukan/bekalan/first aid box/tongkat)dan lain-lain yang mustahak.
3.Sihat tubuh badan dan mental serta mempunyai kebenaran ibubapa.

Jadual Ringkas:
Sabtu:
8.45pagi-Taklimat XPDC
9.00pagi-XPDC Fasa 1 bermula
Trek 1:Kaki Bukit-Pokok Assam-Air Kuning-Simpang/Pengakalan Aur-Bandar Taiping-Kaki Bukit (4 Check Point)
5.00ptg-Mendiri Khemah dan Rehat dan menyiap laporan/tugasan.
Ahad:
7.00pagi-Istiadat Bendera dan Taklimat
7.45pagi-XPDC Fasa 2 bermula
Trek 2:Kaki Bukit-Drummon Hill-Kamunting-Lake View Hill-Kaki Bukit
12.00tgh-Penutup Dan Bersurai

*Kumpulan-Kumpulan yang mempunyai surat PPD sahaja dibenarkan menyertai program.
Tertakluk kepada pindaan.
Sila Hubungi: En.Azaini 019 5762734 untuk keterangan lanjut.

Thursday, June 18, 2009

Merancang Dan Pelaksanaan

Merujuk kepada beberapa perancangan asal yang gagal dan ditangguh pelaksanaan atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.Pihak Kami memohon MAAF atas segala kesulitan.
Sekian Terima Kasih.

*sebarang makluman program akan dipapar melalui http://pldlms.blogspot.com
iaitu laman Latihan Dan Progam Daerah LMS.

Thursday, May 7, 2009

Keputusan Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2009

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Tn.Hj.Kamarul Bahari Hj.Muhammad Ali
ASC (SU Program Negeri)
012 5714798


Untuk makluman keputusan tersebut bukan dibawah kawalan PPM Daerah LMS.

Tuesday, April 21, 2009

Panduan 5 Lencana Tertinggi LMS 2009

1.LENCANA KENEGARAAN:

Objektif:

Pengetahuan mengenai hal kenegaraan ahli melalui pembacaan dan pencarian maklumat berkaitan.

Penilaian:

Kemahiran Penghasilan satu Buku Log yang lengkap mengikut fakta dan memenuhi skim latihan.

Ahli hendaklah menyediakan satu Log lengkap lencana ini dan log tersebut hendaklah mengandungi maklumat berikut;

Item Skim Lencana:

1.Melukis peta Malaysia dan hendaklah ditandakan;

a.Ibu Negara

b.Ibu negeri

c.Pelabuhan utama

d.Lapangan terbang

e.Jalan raya utama

f.Jalan keretapi

2.Menjelaskan berkenaan sejarah,struktur,peranan dan fungsi Parlimen Malaysia.

(Dewan Rakyat dan Dewan Negara)

3.Mengetahui Kabinet Malaysia (Gambar PM/TPM/Menteri/Timb.Menteri/termasuk MB)

4.Menyatakan senarai;

a.Kerajaan Persekutuan (Pusat)

b.Kerajaan Negeri

c.Senarai bersama

(agensi-agensi dan fungsi setiap satunya)

5.Nyatakan;

a.Punca-punca pendapatan Negara

b.Dasar Perbelanjaan Negara

(rujukan website Perbendaharan dan Kementerian Kewangan)

6.Sejarah Ringkas,tajuk-tajuk berikut;(berdasarkan fakta sejarah)

1.Zaman Kesultanan Melaka

2.Zaman Penjajahan Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun

3.Zaman Darurat dan Kemerdekaan

4.Pembentukan Malaysia

#Ahli akan diberi Lencana ini setelah menunjukkan Log yang lengkap dan Lulus Ujian Teori yangdiberikan.


2.LENCANA KEMAHIRAN:

Objektif:

Ahli berkeupayaan menguasai kemahiran secara individu serta boleh mengaplikasikan kemahiran.

Penilaian:

Skim ini akan dijalankan secara pratikal (berkhemah),ujian partikal/aplikasi kemahiran secara individu dan kumpulan serta penyedian buku Log.

Ahli yang telah lulus Lencana Jaya dan telah menghantar/menyiapkan Log Kenegaraan boleh mengambil lencana ini.

Dijalankan diperingkat Daerah ,3 hari 2 malam seperti item Program di bawah;

Item Skim Lencana:

Ujian Kemahiran Individu/Kumpulan:

1.Penyediaan Pondok Sementara

2.Simpulan/Ikatan 10 jenis termasuk aplikasi ikatan.

3.Sistem Takal

4.Pioneering project

5.Backwoods

6.Kemahiran Kompas dan estimation.

7.Membina dan melakukan 12 daripada 14 halangan (rujuk skim PR 2.10.3)

Perkara yang perlu disiapkan secara individu sebelum kem Kemahiran ialah;

1. 2 jenis plaster casts

2. 1 model projek perintis (maksima 50cm)

# Kem ini wajib dihadiri untuk kelayakkan Lencana.

Penyediaan Log Kemahiran sila ikut panduan Log yang diberi.

*Lencana Kemahiran hanya akan diberi jika pencapaian memuaskan dan dipersetujui oleh Panel Penguji Daerah.


3.LENCANA KEGIATAN:

3.7 Pertanian;

Objektif:

Ahli menguasai kemahiran pertanian secara praktikal.

Penilaian:

1.Amali Gerakerja Pertanian (Tempohmaksima 5 bulan)

2.Rekod perkembangan kerja

3.Lawatan/Pemantau Panel Penguji

Catatan;

Dalam kumpulan tidak melebihi 5 orang atau secara individu hendaklah menyediakan;

1.1 Tapak dengan keluasan tanah yang bersesuaian atau 2 batas panjang 4 m sediakan 2 jenis tanaman sayuran dan hendaklah direkod dalam Log proses perkembangannya;

a.Proses penyediaan tapak,campuran tanah atau gemburan dan batas.

b.Penyemaian benih

c.Pengubahan

d.Kaedah baja/jenis baja dan racun serangga

e.Jadual kerja dan rekod lawatan penguji

f.Hasil

1.2 Juga hendaklah menyediakan 5 jenis pokok atau pokok bunga dalam tempoh 4 bulan.

1.3 Secara pratikal dan teori hendaklah menunjukkan 1 kaedah Tut atau kahwin mata atau apolo kepada penguji dan hendaklah direkod dalam log.

Catatan:

Penyediaan tapak tanaman terpulang kepada kumpulan.Kumpulan atau ahli yang akan memulakan tugas hendak memaklumkan kepada Adc Remaja bagi tujuan lawatan.

Adalah digalakkan setiap proses itu diambil gambarnya dan lengkapkan Log Kegiatan.

*Dalam tempoh 3-5 bulan dari tarikh mula kerja,ahli akan diberi lencana ini setelah disahkan oleh Panel Penguji Daerah.


4.LENCANA EKSPIDISI

Objektif:

Membentuk Ahli yang berkeupayaan dari sudut mental,emosi dan fizikal serta berkemahiran bagi melengkapkan skim latihan ini.

Penilaian:

1.Pengetahuan Teori

2.Praktikal ekspidisi

Akan dijalankan dalam 2 kaedah;

1.Teori;

a.Pengetahuan mengenai kemahiran membaca peta dan melakar peta.

b.Kemahiran Kompas

c.Keperluan atau persediaan mengembara.

d.Cara menulis laporan dan kajian sewaktu mengembara.

2.Praktikal Ekspidisi:

a.Jalan kaki 40 km dan bermalam dengan tugasan dan kajian tertentu.

Sediakan Log untuk;

1.Laporan

2.Gambar atau pengesahan lokasi

3.Selesaikan tugasan yang diberi

Lencana ini dijalankan dalam kumpulan 4-8 orang.

Log ekspidisi hendaklah dilengkapkan 7 hari selepas Ekspidisi.


5.LENCANA PERKHIDMATAN:

Objektif:

1.Ahli pengakap sekurang-kurangnya memiliki 1 Sijil Asas samada daripada PBSM atau lain-lain pasukan bantuan kecemasan yang diiktiraf.

2.Membina ahli yang mampu memberi sumbangan atau khidmat bantu kepada masyarakat.

Penilaian:

1.Hadir dengan jaya kursus Sijil Asas Kecemasan

2.Teori (Melalui Log)

3.Kerja Amali.

Item Skim

5.1 Menyelamat Nyawa

1.Hadir sessi ceramah dan LULUS satu sijil asas bagi kemahiran berikut;

a.Sijil Asas PBSM atau,

b.Sijil asas kebombaan atau,

c.Bronze Medallion

Program ini akan dianjurkan oleh Daerah.

5.2 Perkhidmatan Masyarakat

1.Menjalankan 2 kerja amal atau khidmat masyarakat peringkat sekolah.

a.Membantu 2 perkhemahan pengakap peringkat sekolah.

b.Membantu 2 perkhemahan pengakap peringkat Daerah.

c.Membantu 1 program pengakap peringkat Negeri atau Kebangsaan

d.Menjalankan atau membantu 1 kerja kebajikan kepada masyarakat.

#Ahli perlu sediakan Satu Log khusus untuk lencana ini berserta dengan rekod-rekod perkhidmatan.


Friday, April 3, 2009

Pondok Sementara Dulu dan Cadangan Baru



Sehingga 2008,pondok sementara(gambar 2,Ihsan Asc Remaja) ini adalah yang biasa dibuat oleh peserta Kem Ujian Sikap.Agak sukar,hanya ahli yang mahir dapat membinanya.Dan gambar 1 adalah antara cadangan pondok sementara.Namun keputusannya akan dimaklumkan oleh pihak PPM Negeri Perak dan Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri.

Saturday, March 21, 2009

Maklumat Pengakap Remaja 2009 LMS

Dimaklumkan kepada semua kumpulan pengakap diminta untuk menghantar satu senarai nama ahli pengakap yang akan mengambil 5 Lencana Tertinggi bagi tahun 2009.

Senarai tersebut hendaklah mengandungi Nama Penuh,No.KPT dan jika ada No.Tel/HP. Senarai tersebut boleh dihantar terus kepada En.Azaini (Adc Remaja LMS) di alamat:

No.30 Jln.Larah Maju Taman Changkat Larah Maju 34600 Kamunting (0195762734) atau email terus ke alamat abgbravo@gmail.com

Terima Kasih.

Sunday, March 15, 2009

Program 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja 2009

Kepada semua ahli-ahli pengakap Remaja LMS 2009 adalah dimaklumkan bahawa Program 5 Lencana Tertinggi ini hendaklah dimulakan dari sekarang.

5 Lencana Tertinggi:
1.Lencana Kenegaraan
2.Lencana Kemahiran
3.Lencana Kegiatan (Tajuk 3.7 Pertanian) perlu dijalankan selewat-lewatnya awal April 2009
4.Lencana Ekspidisi (40km Jalan Kaki)
5.Lencana Perkhidmatan

Panduan Program sedang diedar kepada semua Pemimpin-Pemimpin Kumpulan untuk dimaklumkan kepada semua ahli pengakap remaja LMS.
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Adc Remaja LMS.

Monday, March 9, 2009

Panduan Skim 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja LMS 2009

Untuk makluman semua ahli dan pemimpin Pengakap Remaja LMS;
Satu Senarai Panduan Skim 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja LMS akan dikeluarkan pada ketentuan berikut;

Tarikh:14 Mac 2009 (Sabtu)
Jam:10.00pg
Tempat:Wisma Pandu Puteri Taiping

(Satu kumpulan satu panduan dan boleh diperbanyakkan)

Maklumat lanjut:Hubungi 0195762734 (Adc Remaja LMS)